makhluk2 penyinggah

Monday 16 May 2011

katakan taknak pada KEDEKUT!

Anda kedekut?

TAK!tidak! tak mungkin saya kedekut! Neehh, kedekut, common lah..*faker

*BOOO!lah

YA!saya kedekut.. hah,ade geng..

tapi Ja terus terang lah. Ja ni adalah bersangkut-paut dengan spesis macam ni..tapi Ja bukan kedekut gila. bukan gila kedekut..tapi Ja kedekut siiiikit jep..heeee~ lagi afdol disebut, Jimat! yup Ja jimat. haha.

    Assalamualaikum. *lupa nak kasi awal2 tadi 

    Al-kisah, pada tanggal ??mei 20011..entah macam mana selepas solat boleh terlintas dekat kepala otak Ja nak belanja family ja mam KFC atau yang dikenali dengan nama tak famousnya 'Kentucky blah3...sedap hingga menjilat jari kakimu tu'  *sedap laa sangat,tapi nyum nyum

    Dan memang kebetulan hari itu kami adik beradik akan bersuka ria di EURO FUN PARK. *yey
Bila Ja cakap 

"kak, Ja ase nak belanja family mam kfc lah malam ni." maka,out of blue

Akak ja terlopong..maka angin dan lalat serta segala sekutu langau pun menyerbu masuk dalam mulutnya *hiperbola huhu.

maka wa pun buat la muka macam ni.lek aa brader wa belanje tu pun terkejut ka?
   Sebelum ja solat akak Ja dah tanya.

"Jot, ta nak belanja akak ke?jot ta pernah belanja akak"

apa?BELANJA???!!
    

Satu badan ja yang baru masuk pintu tandas terhenti. Melangkahkan kaki setapak demi setapak ke belakang semula sampailah mata ja dan mata akak fara bertaut.Lama mata kami bertaut..*wiiwiiiet macam bercinta gitu, CEHH!akak aku ler gile

"Jom! pe kak nak?.cakap aah" dengan muka selamber badaknya ja bertanya, bagaikan orang kaya-raya banyak duit lagi menang main toto bisnes.

dan kali kedua akak Ja terlopong...

nyiiee nyiee nyieee nyieeee...bunyi langau masok mulut dia..*berkhayal

"OK! tawaran da tutup!..jangan mintak pe2 lagi.."

lalu ja blah pergi toilet..*cool giler.hahak



p/s: kalau orang yang kedekut jimat cakap nak belanja sila cepat2 paksa otak neuron nerve anda meransang berfikir untuk minta apa-apa daripada beliau sebelum beliau tutup tawaran beliau..hehe love akak!xoxo



Tuesday 10 May 2011

Meremang doe..

Asslamualaikum.w.b..

Meremang? meremang bulu tengkuk eden biler dengar cerita pakcik driver tu..Al-kisah..

    Ja dengan member2 yang lain memang dah rancang nak jumpa sebelum masing2 masuk U. Dan pada tanggal 8 mei 2011 kami beramai2 turun Jb..Amy, Nani, Illy, Naja, Wiki, Hayat gerak dari BP sama2. manakale Ja seorang2 diri dari segamat..

   Tiket pagi, pukul 83o..tak sempat sarapan terus rushing pergi terminal dan naik bas..mana semua penumpang ek? tunggu2 dan tunggu. bas pun bergerak.Kini dalam bas cuma ada 3 orang. Abang driver , akak tu, dan Ja..Ja ambil port belakang. Akak tu duduk dekat kerusi first depan sekali dekat dengn pintu..abang dirver kat tmpat driver la kan? habis tu siapa nak memandu?hantu?hahahaahha..

PERSINGGAHAN R&R MACHAP.

   Abang driver tu suruh Ja turun sama2 dengn akak tu..ikut hati malas.tapi lapar gila..ikutkan je lah..Borak2 lah2 baru tau, rupeanya akak tu BINI abang driver tu,.ooooh macam tu. Dan abg driver tu belanja Ja makan. Dah macam 1family dah..Ja jadi anak..mereka jadi parents Ja..nasib baik mereka baik dan,,,ahahhaha dapat jimat duit!

KISAH PUN BERMULA..

   Sebelum naik bas tu, abang dirver tu ada bercerita..2malam berturut2 sebelum hari ini, bas dia kosong..ulang-alik SEGAMAT-LARKIN,LARKIN-SEGAMAT...dah bas kosng jadi...

adalah something menumpang tanpa perlu beli tiket....

"Apetu?"  Abang driver tu cakap pontian*k..Ja memandang akak tu.Muka Ja minta kpastian..akak tu mengangguk2 dan mngia2kan kata2 hubby nya..GILA!.
"Ape 'dia' buat dalam bas? " Abang tu cakap 'dia' tumpang je..dari mana ke mana..selepas itu menghilangkan diri..'dia' baik,diri elok2 dekat belakang tu saja..tak ganggu tak bising pun, tak NGILAI pun..tumpang saja..tapi 'dia' tumpang time bas tak penuh..jelas nampak 'dia' apabila bas di-off kan lampu..

   Skrg kan bas tak penuh. Pehh! nasib baik Ja ambil bas 830pagi..bukan 830 malam. Konklusinye, Ja dr tempat duduk blakang terus ambil beg Ja dan berpindah duduk di kerusi depan sekali..HAHAHAHAHAHAHAA..

bayangkan apabila bas akan digelapkan..dan ada yg mnumpang ...

Friday 6 May 2011

aku menjauhkan diri dari-NYA, tp DIA tidak pernah jauhkan diri-NYA

Assalmualaikum..

    Alhamdullillah..ok kali ni Ja nak cerita tentang cerita yang hangat semalam..keputusan upu...semalam memang heboh dekat fb dekat situ sini..yang dapat happy,yang tak dapat apa yang ditargetkan sudah rasa down.

SEHARI SEBELUM RESULT SPM

    Ja sedang bekerja. Lori sudah usai ambil getah. Jadi Ja pun mengira2 duit selepas usai habis bisnes, umi dengan ayah pun sampai..muka tersengeh2. Ayah memulakan bicaranya..
"Ja, ayah nye firasat kan..Ja dapat 5a 4b..firasat ayah kuat laa merasakan." pehh dah sudah. Ape main firasat2 ni.. Ja memang tak boleh nak terima kalau bawah 6a..Tak Ja tak caya..tapi Ja sempat menguntumkan senyuman dekat ayah dengan umi tanpa berbicara apa2.
"Ja janji dengan ayah ea, kalau dapat 5a 4b ja jangan nangis esok..kalau dapat 6a keatas ja nangislah,kalau 4a ke bawah ja nangis lah juga..dengan umi2 ja boleh nangis same2.." Ayah menyambung lagi ayatnya..dalam hati Allah sahaja yang tahu. Bermacam2 teka-teki bermain dalam kepala Ja..

'adakah umi dah tengok dekat PPD dulu result aku?'

   Balik tu Ja rasa down sangat..member2 lain sedang happy nak berkumpul esok..down down dan down.

HARI KEPUTUSAN SPM.

   Esoknya Ja pakai baju jalan dan seluar jeans..dan ayah tegur, kemudian baru Ja terfikir. inikah baju sopan? hahaha. Lah2 pergi kerja sekejap..tukar baju dekat kampung..bapak aaa!..baju kurung hijau cantik. tapi tapi..kain panjang nak mamfus..Ja tahu lah Ja ni pend*k..huhu.lipat2 dah nak 6kali kot lipat kainnya.dan nampak pun macam perut buncit..hihihi

   Dalam dewan Sekolah Menengah Sains Muar. Riuh rendah gila. yang terjerit happynya lain..Ja tengok keadaan tu, Ja memang cuak gila. Dan member2 dengan muka happy masing2 datang dan bertanya2 apakah result Ja,ada juga seorang yang menangis..bila Ja dengar member ja yang selalu bawah dari Ja dapat cemerlang, Ja mula rasa yakin. dan ambil slip keputusan tu
"thniah faizah..english awak A-.." aaah!! bapak aa. tak target langsung english A.
"thniah faizah..sejarah awak A+.." wow!

   Dan result tu da berada dalam tangan Ja..terus Ja blah selepas cium tangan cikgu. jumpa member sekejap dan blah..mereka tak perasan kut. dekat luar dewan, ayah tengah borak dengan member dia. mata Ja dah mula bergenang air mata..dan semua junior dorm Ja datang, bersalaman dan menyaksikan adegan 'habuk masuk mata' Ja.

Dan Ja semakin sombong dgn-Nya

Tetapi ALLAH tu MAHA PENYAYANG...




SURAT
TAWARAN
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA

40450, Shah Alam Selangor
Tel: (603)5544 3164 Faks: (603) 5544 3170

Mengubah Destini Anak Bangsa
NUR FAIZAH BINTI WAHID
LOT PTD 2716, JALAN TENGSA, BUKIT SIPUT

85020, SEGAMAT
Johor
No Pelajar:2011******
No Kad Pengenalan:930824-**-****              
Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Program:(PI005)Sepenuh Masa
ASASI UNDANG-UNDANG UITM
FAKULTI UNDANG-UNDANG
Kampus:C2 - UiTM Kampus KuantanSemester:Semester 1 2011/2012

Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.
Tempat:UITM KAMPUS JENGKA
LINTASAN SEMARAK, 26400 BDR PUSAT JENGKA, PAHANG
Tarikh:21/5/2011Masa:8:30AM - 4:30PM


   Dan ALLAH tu memang sayangkan Ja. Kalau lah Ja dapat straight A, mesti ummi dan pakcik suruh ambil medik . Tapi serius, hati Ja sudah tiada dekat situ..Ja tak salahkan umi dengn pakcik. dan bila Ja dapat result macam ini, Ja dapat kos yang Ja nak dari kecik, tapi Ja pendamkan..hahahah! thanks to ALLAH because ummi ayah happy and they can accept my decision.
Dan bila skrin komputer tertulis 'Asasi Undang2!' umi,kakna dan Ja menjerit sama2..ayah yang badmood 2hari lepas terus datang ke bilik Ja dan menguntumkan senyuman, boleh gelak laig. Dan ayah cium dahi ja..Ja peluk umi.hahahahhaha..

alhamdullillah, syukur, terima kasih ya ALLAH..

muaah! untuk umi ..